6.12.09

Bank Rakyat dah tak terima Gold Bar dan Gold Coin

Baru2 ni berita yang menggemparkan dunia emas di Malaysia khususnya kepada penggemar-penggemar emas gold bar dan coin dan penggemar sistem ar-rahnu apabila Bank Rakyat,sumber utama pajak gadai umat Islam di Malaysia tidak lagi menerima gold bar dan gold coin sebagai barang yang boleh dipajak di sana.

saya adalah salah seorang yang mula-mula merasai kesannya bila cuba nak pajak emas gold bar saya pada pukul 2.30 petang 3 Disember 2009 yang lalu..Yang lebih mengharukan, kawan saya telah pajak gold barnya pagi tersebut pukul 11.00 pagi dan tidak menghadapi masalah.. mulalah rasa menyesal dalam hat sebab tak pajak awal2..

Pada hari tersebut,sampai sahaja di Bank Rakyat kononnya teruslah nak ke bahagian Rahnu tapi sampai jer di Kaunter, pegawai Bank Rakyat yang mengenali saya (sebab semalam saya pajak emas gold bar dengannya) terus panggil dengan muka serba salahnya dan berkata; "Encik nak pajak emas gold bar lagi ka?..dengan senyum simpul saya mengiyakan jelah pertanyaan beliau tu..Dengan muka yg lebih serba salah beliau maklumkan bahawa mereka baru menerima faks untuk tidak membenarkan Bank Rakyat menerima gold bar dan gold coin atas arahan Bank Negara Malaysia.."Kalau encik nak pajak barang kemas boleh lah", kata beliau lagi...saya tanya la pasai pa Bank Negara sekat??? beliau tak dapat berikan jawapan yang jelas dan tepat dan saya yakin beliau sendiripun tak tau pasai apa Bank Negara berbuat demikian...

Mungkin ada beberapa kemungkinan Bank Negara berbuat demikian;

1. Bank Negara tak nak bagi Bank Rakyat terlampau kaya...maklumlah, Bank Rakyat sangat saya yakini menjadi pilihan utama umat Islam untuk pajak emas...so cuba bayangkan betapa banyaknya ketul emas, emas syiling dan emas perhiasan yang disimpan oleh umat Islam di sana..

2. Bank Negara tak nak bagi rakyatnya kaya...dengan menyekat pajakan emas di Bank Rakyat, Bank Negara sebenarnya telah menyekat peniaga-peniaga kecil emas, peminat-peminat emas daripada mengumpulkan emas lagi dan lagi dan lagi menggunakan hasil wang pajakan mereka yang mana pada pandangan mereka boleh menyebabkan kenaikan harga emas dunia...yelah bila barang ada demand tentulah harganya semakin tinggi...

Apapun sebabnya yang direkacipta oleh Bank Rakyat ataupun Bank Negara,para penggemar emas dan peniaga-peniaga kecil emas usah mati akal dan berputus asa dengan apa yang berlaku..Yang pasti setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...Dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita semua..

Bagi yang masih tercari-cari di mana nak pajakkan emas gold bar dan gold coin mereka bolehlah mencuba di Agro Bank atau YAPIEM pulak...cumanya di Agro Bank jumlah pinjaman yang kita boleh dapat sehari tidak banyak iaitu hanya RM 10000 sahaja dan maksimum RM 50000 manakala di YAPIEM pula ialah RM 5000 sehari dan terhad kepada RM 25000...bila dicampurkan keduanya ialah RM 75000..masih jumlah yang banyak untuk buat rolling perniagaan kita...

So teruskanlah dengan apa yang kita rancang di samping sentiasa mohonlah pertolongan Allah kerana itulah yang menjadi senjata bagi orang-orang beriman...good luck

1.12.09

Membina Kekayaan Dengan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sini saya nak kongsikan beberapa jenis pelaburan emas di Malaysia dengan kawan-kawan..
Ada 3 jenis pelaburan emas di Malaysia yg saya tahu...
1) beli emas pelaburan (gold bar &gold coin)..
2) sertai skim pelaburan emas (dapat duit tiap2 bulan tp emas x dapat)..
3) buku simpanan emas iaitu kita beli emas atas kertas saja (Maybank GSPA) dan (PublicBank GIA)..

Apa yang saya nak galakkan di sini ialah kawan2 beli emas pelaburan (gold bar @gold coin) dan simpan dalam jangka masa sederhana 3- 5 thn (untung 75-125%) atau panjang 10- 20 thn (untung 250%-500%)...kenapa emas pelaburan dan tidak emas perhiasan (barang kemas)???? saya akan share lepas ni..

bagaimanakah keuntungan menyimpan emas ini boleh mencecah 125% dalam tempoh 5 tahun dan sehingga 250% malahan 300% dalam tempoh 10 tahun??? untuk pengetahuan kawan-kawan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini harga emas naik dengan sangat mendadak di sebabkan beberapa faktor antaranya;

1.kenaikan harga minyak (emas adalah komoditi, kalau minyak naik confirm emaspun naik harganya)
2.kejatuhan nilai matawang dolar amerika
3.pembelian emas oleh bank-bak pusat negara2 seluruh dunia..baru2 ni India beli kat IMF sehingga 200 tan
4.emas yang dilombong di seluruh dunia semakin sikit sedangkan permintaan semakin meningkat (teori ekonomi kata kalau barang sikit permintaan banyak maka harga barang akan meningkat)

sebab itu harga emas dari tahun 1999 sehingga 2009 mendadak naik hingga mencapai lebih daripada 400%..tentu kawan-kawan tak percaya tanpa bukti bukan... ;-)...kawan-kawan boleh rujuk di website www.kitco.com...harga emas dunia pada November 1999 ialah usd 255.30/ounce (1 ounce = 31.1g)..dan sekiranya kawan2 perhatikan harga emas semasa pada saat ini 1/12/09 (11.25 pm) harganya ialah usd 1195.10/ounce....cuba kawan2 kira kenaikan harga emas tersebut...hampir 450% atau 4.5 kali ganda...dalam erti kata lain kalau kawan2 beli emas pada tahun 1999 dengan harga rm 10000 dan jual kembali emas itu skrang, maka nilainya mencecah rm 45000.....bayangkanlah kalau emas yg dibeli tu nilainya rm100000 Maka nilai semasa ialah rm450000...bagaimana pulak kawan2 beli RM1000000...;-)..cubalah kira sendiri..lumayan bukan simpan emas ni.

Kenapa beli emas pelaburan dan tidak barang kemas??...ini bukan bermakna saya melarang kawan-kawan beli barang kemas terutama kepada kaum wanita..tetapi beli sekadar untuk pakai sajalah..ini kerana tak berbaloi beli barang kemas untuk pelaburan dengan sebab-sebab berikut;

1. kualiti emas hanya emas 916 atau 22 karat ..sedangkan untuk pelaburan emas terbaik ialah emas 999 atau 24 karat
2.kedai emas biasanya dah naikkan harga daripada harga emas dunia sebanyak 15 -20%..maksudnya kita beli dengan harga mahal
3. ada harga upah buat /tempa (bertambah mahal la harga emas kita)
4.bila nak tolak balik kedai emas akan potong nilai emas semasa sebanyak 20% lg...tak percaya tanya la yg biasa tukar emas depa kat kedai emas..

jadi kerugian penuh ialah hampir 40%....banyak bukan...sebab itu tidak berbaloi utk buat pelaburan..kita kena tunggu harga emas naik lebih 40% baru boleh buat untung..RUGI..RUGI...

jadi mulalah membeli emas gold bar dan gold coin..kerana ialah adalah sangat berbaloi..

*INSYAALLAH jika berkelapangan, saya akan kongsikan tentang kelebihan menyimpan gold bar dan gold coin dan jenis-jenisnya yg terdapat di Malaysia.

Selamat Datang ke Invest-At-Gold.blogspot.com

assalamualaikum dan salam sejahtera..

terlebih dulu saya nak ucapkan selamat datang ke blog saya di invest@gold....sesuai dengan namanya, maka blog ini akan memberi penumpuan terhadap apa-apa sahaja berita, informasi, harga semasa emas, analisis-analisis terkini oleh penganalisis dunia dan oleh saya sendiri.

oleh kerana pelaburan emas merupakan pelaburan terunggul dan paling selamat, maka tujuan blog ini adalah ingin memberikan pendedahan sebanyak mungkin tentang pelaburan emas sebelum anda menceburkan diri dalam bidang ini.

yang pasti, anda akan dapati tiada pelaburan lain yang lebih menguntungkan, stabil, selamat dan pastinya dijamin halal sekiranya anda terlibat dalam pelaburan emas...

semoga kita berjumpa lagi di lain rancangan...stay tune!!!