6.12.09

Bank Rakyat dah tak terima Gold Bar dan Gold Coin

Baru2 ni berita yang menggemparkan dunia emas di Malaysia khususnya kepada penggemar-penggemar emas gold bar dan coin dan penggemar sistem ar-rahnu apabila Bank Rakyat,sumber utama pajak gadai umat Islam di Malaysia tidak lagi menerima gold bar dan gold coin sebagai barang yang boleh dipajak di sana.

saya adalah salah seorang yang mula-mula merasai kesannya bila cuba nak pajak emas gold bar saya pada pukul 2.30 petang 3 Disember 2009 yang lalu..Yang lebih mengharukan, kawan saya telah pajak gold barnya pagi tersebut pukul 11.00 pagi dan tidak menghadapi masalah.. mulalah rasa menyesal dalam hat sebab tak pajak awal2..

Pada hari tersebut,sampai sahaja di Bank Rakyat kononnya teruslah nak ke bahagian Rahnu tapi sampai jer di Kaunter, pegawai Bank Rakyat yang mengenali saya (sebab semalam saya pajak emas gold bar dengannya) terus panggil dengan muka serba salahnya dan berkata; "Encik nak pajak emas gold bar lagi ka?..dengan senyum simpul saya mengiyakan jelah pertanyaan beliau tu..Dengan muka yg lebih serba salah beliau maklumkan bahawa mereka baru menerima faks untuk tidak membenarkan Bank Rakyat menerima gold bar dan gold coin atas arahan Bank Negara Malaysia.."Kalau encik nak pajak barang kemas boleh lah", kata beliau lagi...saya tanya la pasai pa Bank Negara sekat??? beliau tak dapat berikan jawapan yang jelas dan tepat dan saya yakin beliau sendiripun tak tau pasai apa Bank Negara berbuat demikian...

Mungkin ada beberapa kemungkinan Bank Negara berbuat demikian;

1. Bank Negara tak nak bagi Bank Rakyat terlampau kaya...maklumlah, Bank Rakyat sangat saya yakini menjadi pilihan utama umat Islam untuk pajak emas...so cuba bayangkan betapa banyaknya ketul emas, emas syiling dan emas perhiasan yang disimpan oleh umat Islam di sana..

2. Bank Negara tak nak bagi rakyatnya kaya...dengan menyekat pajakan emas di Bank Rakyat, Bank Negara sebenarnya telah menyekat peniaga-peniaga kecil emas, peminat-peminat emas daripada mengumpulkan emas lagi dan lagi dan lagi menggunakan hasil wang pajakan mereka yang mana pada pandangan mereka boleh menyebabkan kenaikan harga emas dunia...yelah bila barang ada demand tentulah harganya semakin tinggi...

Apapun sebabnya yang direkacipta oleh Bank Rakyat ataupun Bank Negara,para penggemar emas dan peniaga-peniaga kecil emas usah mati akal dan berputus asa dengan apa yang berlaku..Yang pasti setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...Dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita semua..

Bagi yang masih tercari-cari di mana nak pajakkan emas gold bar dan gold coin mereka bolehlah mencuba di Agro Bank atau YAPIEM pulak...cumanya di Agro Bank jumlah pinjaman yang kita boleh dapat sehari tidak banyak iaitu hanya RM 10000 sahaja dan maksimum RM 50000 manakala di YAPIEM pula ialah RM 5000 sehari dan terhad kepada RM 25000...bila dicampurkan keduanya ialah RM 75000..masih jumlah yang banyak untuk buat rolling perniagaan kita...

So teruskanlah dengan apa yang kita rancang di samping sentiasa mohonlah pertolongan Allah kerana itulah yang menjadi senjata bagi orang-orang beriman...good luck